Followers

Tuesday 28 June 2011

HARI JADI MURID TASKA KIMARAGANG


Pada 27 JULAI 2011 - Sambutan hari jadi bagi murid-murid bagi Taska Kimaragang telah diadakan.
Aktiviti ini adalah hasil idea daripada ibubapa murid taska itu sendiri.
Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu dan menjayakan program ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada En.Reji Ungang kerana telah menaja kek.
Begitu juga kepada Tuan Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Tuan Haji Janathan Kandok kerana telah membiayai aktiviti ini.

SOKONGAN KEPADA TASKA KIMARAGANG: YB. SENATOR DATUK MAIJOL MAHAP

Written by Media Kimaragang on Tuesday, 28 June 2011 08:29   
Kota Kinabalu, 28 Jun, 2011 : Senator Datuk Maijol 
Mahap menyalurkan dana kepada Taska Kimaragang. 
Demikian diumumkan oleh Haji Janathan Kandok, 
Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia
hari ini di Kota Kinabalu. Menurut Janathan, Maijol telah memintanya 
nombor Akaun Bank Pertubuhan Kimaragang Malaysia kerana ada 
dana yang perlu disalurkan. 
" Senator Maijol tanya saya melalui SMS minta
Akaun bank untuk bantu Task Kimaragang.
" Menurut Janathan, Maijol adalah pemimpin politik pertama 
Wilayah Kimaragang yang begitu prihatin tentang taska ini. 
Antara tindakannya, melawat bangunan
yang menempatkan taska berkenaan sebelum digunakan, 
malahan sanggup menghadiri majlis di kota Belud semata-mata mahu menyaksikan 
persembahan murid-murid taska Kimaragang. 
Menurut Janathan,Maijol sering menghubunginya  
untuk mengetahui perkembangan
terkini taska berkenaan. Ketika ditanya sama 
ada Pertubuhan Kimaragang Malaysia meminta dana dari pihak tertentu, 
Janathan menegaskan bahawa Pertubuhan Kimaragang Malaysia 
tidak pernah meminta bantuan selain
dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi pertubuhan itu. 
" Kita tidak pernah memohon dana. Maijol kasi ini bantuan atas sukarela, 
dia kasi kami terima. Thank You Datuk," katanya. 
Janathan berkata, sesiapa juga yang terlibat
dalam penubuhan dan kemajuan taska ini akan diingati oleh
Pertubuhan Kimaragang Malaysia sebagai pejuang bangsa 
Kimaragang sebab menepati Deklarasi Trong Soko
di bawah perkara mengekalkan warisan bangsa Kimaragang. 
Menurutnya lagi, visi taska Itu ialah Boros Kimaragang tidak hilang di dunia.

Monday 6 June 2011

Takaful Insuran untuk murid Taska Kimaragang

5/6/2011 insuran takaful sudah selesai, Murid2 di taska dilindungi insuran takaful malaysia.Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia Tuan Haji Janathan Kandok sendiri yang turun tangan bersama guru taska kimaragang,ke pejabat insuran takaful yang berada d wisma muis untuk urusan tersebut.Dengan duit poket sendiri lagi,Taska Kimaragang amat beruntung mempunyai penaung yang amat tegas dalam hal2 yang penting seperti ini.Kotoluadan Tagayo Tuan Presiden.