Written by Media Kimaragang on Tuesday, 28 June 2011 08:29 |
![]() Mahap menyalurkan dana kepada Taska Kimaragang. Demikian diumumkan oleh Haji Janathan Kandok, Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia hari ini di Kota Kinabalu. Menurut Janathan, Maijol telah memintanya nombor Akaun Bank Pertubuhan Kimaragang Malaysia kerana ada dana yang perlu disalurkan. " Senator Maijol tanya saya melalui SMS minta Akaun bank untuk bantu Task Kimaragang. " Menurut Janathan, Maijol adalah pemimpin politik pertama Wilayah Kimaragang yang begitu prihatin tentang taska ini. Antara tindakannya, melawat bangunan yang menempatkan taska berkenaan sebelum digunakan, malahan sanggup menghadiri majlis di kota Belud semata-mata mahu menyaksikan persembahan murid-murid taska Kimaragang. Menurut Janathan,Maijol sering menghubunginya untuk mengetahui perkembangan terkini taska berkenaan. Ketika ditanya sama ada Pertubuhan Kimaragang Malaysia meminta dana dari pihak tertentu, Janathan menegaskan bahawa Pertubuhan Kimaragang Malaysia tidak pernah meminta bantuan selain dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi pertubuhan itu. " Kita tidak pernah memohon dana. Maijol kasi ini bantuan atas sukarela, dia kasi kami terima. Thank You Datuk," katanya. Janathan berkata, sesiapa juga yang terlibat dalam penubuhan dan kemajuan taska ini akan diingati oleh Pertubuhan Kimaragang Malaysia sebagai pejuang bangsa Kimaragang sebab menepati Deklarasi Trong Soko di bawah perkara mengekalkan warisan bangsa Kimaragang. Menurutnya lagi, visi taska Itu ialah Boros Kimaragang tidak hilang di dunia. |
Tuesday, 28 June 2011
SOKONGAN KEPADA TASKA KIMARAGANG: YB. SENATOR DATUK MAIJOL MAHAP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment